nuradieq_ieman
kata antara kita...
Sunday, 4 December 2011
Friday, 18 November 2011
teori konstruktivisme
Teori konstruktivisme merupakan salah satu model atau pendekatan instruksi/pengajaran yang diasaskan oleh seorang pakar epistemology dari Italy iaitu Giambatistaa Vico. Prinsip asas bagi teori ini adalah membina, menruntuh dan membina semula idea atau konsep.
Model teori konstruktivisme :
Dalam fasa pertama, guru akan mengaitkan pelajaran lepas dengan yang akan dipelajari. Guru akan mencungkil idea pelajar melalui pelbagai cara untuk mengetahui kefahaman pelajar tentang sesebuah tajuk yang ingin dipelajari. Ini dapat membantu guru mengenalpasti taraf kefahaman pelajar dan miskonsepsi yang timbul.
Dalam fasa kedua pula, guru akan menstruktur semula pelajar dengan membantu pelajar membuat aktiviti untuk mengkaji sesebuah tajuk.
Dalam fasa ketiga, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah dan memahami tentang sesebuah tajuk.guru membuat aktiviti pengayaan untuk memperkukuh kefahaman pelajar.
Dalam fasa yang terakhir, guru dan pelajar akan membuat perbandingan antara pengetahuan lama pelajar dan idea baru.
•fasa 1 : permulaan/ mencungkil idea
•buat perkaitan dengan pengalaman pelajar
•mencungkil idea perlajar
•fasa 2 : menstruktur / menstruktur semula idea
•aktiviti penerokaan
•minds-on
•hearts-on
•hands-on
•penilaian
•fasa 3 : aplikasi idea
•aktiviti pengayaan
•penyelesaian masalah
•penilaian
•fasa 4 : refleksi / penutup
•membanding pengetahuan baru dengan idea lama
•membuat kesimpulan
assalamualaikum....
yes, berjaya jugak saya siapkan prezi ne...
jom sama-sama tengok prezi saya tentang media dan teknologi ne....
http://prezi.com/hbzodsuw1grz/media-dan-teknologi/
yes, berjaya jugak saya siapkan prezi ne...
jom sama-sama tengok prezi saya tentang media dan teknologi ne....
http://prezi.com/hbzodsuw1grz/media-dan-teknologi/
Tuesday, 4 October 2011
SeMiNaR Malaysia dan NUKLear
Berbicara tentang Malaysia dan nuklear, apa pandangan anda? Seawal sesi debat bermula, ramai yang bersetuju bahawa nuklear patut dibangunkan di Malaysia. Namun, menghampiri penamat, diyakinkan dengan hujah pihak pembangkang, ada yang mula berasa pembangunan loji nuklear ini adalah tidak patut...Sejauh mana benarnya fakta yang diutarakan oleh pihak pembangkang hingga mampu menarik minat sidang dewan...
Sesi yang merupakan kemuncak dan pengakhiran bagi projek kami adalah SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR...nyata penceramah yang menjadi undangan kami mampu mengembalikan keyakinan ramai pihak tentang nuklear. Fakta-fakta yang diberikan mampu menyangkal semua hujah yang telah diutarakan oleh pihak pembangkang dalam sesi debat yang telah berlangsung.
Setelah sesi ceramah oleh wakil dari Agensi Nuklear Malaysia selesai, semua kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing. Terdapat tiga kumpulan yang bersetuju manakala dua kumpulan lagi berpendapat tenaga hidro lebih sesuai untuk menjadi alternative bagi menggantikan petroleum.
Meskipun jumlah penonton yang pada awalnya agak ramai semakin berkurangan, ia tidak menghalang semangat para pelajar untuk membuat pembentangan yang pelbagai dan kreatif. Kumpulan kami menyajikan penonton dengan dua buah video yang kami fikirkan mampu membantu oranng ramai agar lebih memahami konsep nuclear yang sebenar.
Syukur pada Allah, program seminar tersebut berjalan dengan lancar dan beberapa masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.
Maka berakhirlah Project Based Learning yang kami usahakan selama lebih tiga minggu dengan jayanya......amin....
Monday, 3 October 2011
DEBAT MALAYSIA DAN NUKLEAR bermula kisahnya.......
Assalamualaikum....
Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya pada Yang Maha Esa....
Setelah tiga minggu kita menghitung detik, debaran yang hangat membara akhirnya terluah jua...
Hari yang bakal menentukan sejauh mana pencapaian dan kejayaan yang akan kita capai hasil kajian berminggu lamanya tiba sudah...
Sesi debat malaysia dan nuklear yang akan membuka permulaan mengorak langkah menuju
Seminar malaysia dan nuklear : relevankah tenaga nuklear di malaysia...
Sesi debat dan seminar ini merupakan agenda kemuncak dalam project based learning yang kami lalui untuk kursus kpd3016. Program yang kami anjurkan ini bukanlah mudah kerana ia berbeza dengan seminar lain yang kebanyakannya pelajar mendengar ucapan oleh penceramah semata-mata. Dalam projek kami, kami semua akan melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam sesi debat dan seminar kami lebih berfokuskan kepada pembentangan hasil kajian kami sendiri.
Sesi debat bermula pada jam 8.30 a.m. Jawatan yang dipertua majlis disandang oleh pengarah program kami sendiri iaitu mohd hafiz bin zain. Pihak kerajaan diwakili oleh dua orang ahli iaitu nurul `ain dan ahmad tarmimi.
Pihak pembangkang pula diwakili olehmohd hanafi dan nor hafizah.
Kedua-dua pihak berhujah dengan penuh semangat untuk mempertahankan usul masing-masing.
Pihak kerajaan membentangkan tentang perbandingan nuklear dengan tenaga lain serta pelbagai kebaikan yang dapat kita perolehi melalui pembinaan reaktor nuklear di malaysia dan langkah-langkah yang akan menjadi inisiatif untuk membendung keburukan nuklear. Hujah-hujah mereka mampu membuka minda masyarakat yang selama ini " fobia " dengan perkataan nuklear kerana membayangkan nuklear dibina sebagai bom atom.
Pihak pembangkang juga tidak kurang hebatnya. Namun kebanyakan hujah mereka lebih berfokuskan tentang tenaga alternatif lain untuk menggantikan nuklear iaitu tenaga hidroelektrik yang dikatakan sudah mampu dan mencukupi untuk menjana penggunaan tenaga di malaysia.
Hujah kedua-dua pihak nyata menaikkan semangat sidang dewan dan menghangatkan suasana apabila sesi soal-jawab dibuka. Sidang dewan tidak ketinggalan memberikan info-info mereka sebelum menanyakan soalan. Walaubagaimanapun, sesi perdebatan yang semakin membara itu dapat ditenangkan oleh yang di-pertua dan berakhir dengan baik.
Di sini saya sertakan sedikit gambar-gambar yang diambil sepanjang proses pengumpulan data untuk debat dan seminar...
Alhamdulillah……
Sunday, 2 October 2011
end of PjBL...nuclear energy...
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita dah menghampiri kemuncak PjBL…
InsyaAllah, segala usaha dan penat lelah kita akan membuahkan hasil yang cukup indah…
Untuk post kali ini, saya sediakan kesimpulan awal yang saya buat tentang tenaga nuclear berdasarkan maklumat yang telah dikumpul selama tiga minggu melalui pelbagai kaedah…
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…
May Allah bless all of us…amin…
TENAGA NUKLEAR-ALTERNATIF KEPADA PETROLEUM…WAJAR ATAU TIDAK??
Pendahuluan
Letupan loji nuclear di Chernobyl dan Three Mile Island seakan mengheret kita kembali ke detik pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Igauan buruk itu berterusan dengan berlakunya satu lagi peristiwa letupan loji nuklear akibat gempa bumi di Fukushima, Jepun. Mimpi ngeri itu nyasta meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang ramai, bukan hanya yang berada berhampiran malah Negara-negara lain jua.
“Nuklear adalah bom atom. Nuklear senjata yang merbahaya.!!”
Itulah perspektif yang terpahat dalam fikiran orang ramai. Memang tidak dapat dinafikan, setiap langkah yang mencorak kea rah pembangunan dan kemajuan menuntun risiko yang tinggi. Lihat saja beberapa projek di Negara kita yang mengalami kegagalan seperti runtuhan stadium dan jambatan. Begitu juga halnya debngan pembinaan loji nuclear di Malaysia. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dari segi kreadibiliti dan mentality untuk menghadapi risiko tersebut atau kita akan mengelak dari menghadapinya? ??
Sebenarnya tenaga nuclear bukanlah bertujuan untuk membina bom atom atau senjata yang merbahaya, tapi untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik pada masa hadapan. Namun, sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan tenaga ini yang menyebabkan ramai yang memandang negative terhadap penggunaa nuclear. Walhal, ia wajar dipertimbangkan memandangkan Negara kita mengalami penyusutan simpanan gas asli dan arang batu yang merupakan sunber utama penjanaan tenaga.
Teknologi
Kejadian letupan di beberapa buah Negara yang hangat dipersoalkan keberkesanannya adalah melibatkan loji yang telah dibina berdekad yang lalu yang pastinya tidak standing dengan teknologi masa kini. Apatah lagi, penggunaannya di Malaysia adalah untuk masa akan datang di mana kita akan mempunyai masa yang banyak untuk mengkaji dan melengkapkan loji kita dengan kelengkapan ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti yang terdapat di beberapa buah Negara maju kini. Malahan kita telah menghantar 12 orang pakar ke Rusia untuk mendalami tentang nuclear dan menerima khidmat pakar dari Korea. Korea memulakan projek mengkaji pembinaan loji nuclear pada tahun 1970-an. Pada masa itu, Malaysia turut memulakan kajian ke atas nuclear, namun mengubah focus ke arah penemuan gas asli. Korea kini mempunyai 24 loji nuclear.
Kos
Ada pihak yang mempersoalkan samada penggunaan ini berbaloi memandangkan kos pembinaannya yang tinggi. Namun, pembinaan rector nuclear sebenarnya memerlukan kos yang sama dengan pembinaan empangan hidro. Malahan, menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, kajian yang dibuat mendapati penjanaan tenaga nuclear lebih jimat 25% berbanding tenaga hidro. Jika kita imbas kembali, kebanyakan projek pembangunan di Negara kita ini dikritik juga pada awalnya kerana melibatkan kos yang tinggi, namun isu itu hilang apabila terbukti setiap projek yang dilaksanakan adalah demi kepentingan dan kemudahan semua.
Pemilihan tapak
Kebimbangan masih lagi dirasai oleh orang awam apabila timbul isu pemilihan tapak untuk pembinaan loji nuclear kerana bimbang akan keselamatan dan bimbang tanah mereka dirampas kerajaan. Hakikatnya, pemilihan tapak ini tidak boleeh dilakukan sewenang-wenangnya, tetapi dibuat setelah menilai pelbagai aspek kejuruteraan, keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan lain-lain. Pemilihannya juga perlu mengikut prosedur dan akta yang telah ditetapkan. Jika pembinaannya berhampiran dengan laluan air dan penempatan yang akan menjejaskan pengguna, isu mengenai pampasan akan diambil kira dalam penilaian impak alam sekitar. Malahan, ia tidak akan dibina di kawasan yang berhampiran penduduk. Jika berlaku kebocoran, kesannya hanya akan dirasai pada jarak yang dekat. Namun, isu kemalangan jiwa di loji nuclear setakat ini lebih rendah berbanding tenaga yang lain. Kerajaan kini mempunyai 5 lokasi yang sesuai untuk pembinaan loji nuclear. Namun, kerajaan Perak dan N.sembilan kini giat melobi agar ia dijalankan di negeri masing-masing kerana mereka sedar akan kepentingannya dan sedar ia akan memberi 4000peluang pekerjaan.
Persekitaran
Secara normalnya, kita menhghasilkan gas karbon dioksida dengan kadar yang banyak melalui pelbagai aktiviti harian, tapi ia diseimbangkan dengan proses fotosintesis tumbuhan yang menyerap gas yang merupakan factor berlakunya rumah hijau tersebut. Namun, penerokaan hutan untuk kemajuan Negara serta aktiviti pembalakan haram mengorbankan banyak tumbuhan hijau kita. Lebih teruk lagi, aktiviti perindustrian dan penggunaan kenderaan berteknologi kini menghasilkan lebih banyak gas anthropogenic (karbon dioksida, metana,CFC, dll.) yang merbahaya. Ini boleh menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon dan peningkatan suhu bumi kerana haba tidak dipantul kembali dan terperangkap dalam atmosfera bumi. Ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global yang membawa ke arah perubahan iklim dunia di mana ais akan mencair dan paras air laut bertambah, menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tsunami dan banjir besar serta kemarau di kawasan yang kurang menerima air. Bencana ini pasti mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan kepupusan pelbagai spesies hidupan. Persoalannya, bagaimana nuclear dapat membantu dalam hal ini?
Penjanaan tenaga oleh nuclear tidak memerlukan pembakaran bahan api sebaliknya nmenggunakan proses pembelahan nuclear. Jadi, ini akan dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida dan menjadikan alam sekitar kita lebih selamat dan bersih.
Pengurusan sisa radioaktif
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa bahan buangan nuclear dan sisa radioaktifnya mengancam nyawa seluruh hidupan. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit merbahaya yang akan membawa maut. Namun, hal ini dapat diatasi dengan pengurusan sisa secara berkesan. Justeru, sekiranya kerajaan ingin membina loji tenaga nuclear, perkara yang harus dititikberatkan adalah menyediakan tempat yang selamat untuk pelupusan sisa radioaktif agar tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Rujukan
Wajarkah Penggunaan Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Baru?
Bersiap sedia guna tenaga nuklear
Tenaga Nuklear di Malaysia. Tenaga Alternatif 2021
Nuklear sumber tenaga alternatif negara
Bersediakah Malaysia guna kuasa nuklear?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm&arc=hive
memahami kemahiran proses sains
kemahiran proses sains adalah kemahiran menjalankan sains (a skills to do science).
terdapat dua jenis kemahiran saintifik iaitu kemahiran sains kognitif dan kemahiran manipulatif psikomotor.
antara kemahiran proses sains yang sering digunakan dalam sesuatu eksperimen ialah pemerhatian (observation), mengklasifikasi(classification), mengukur dan menggunakan nombor(measuring and using number).
selain itu, terdapat beberapa lagi kemahiran saintifik yang penting seperti :
terdapat dua jenis kemahiran saintifik iaitu kemahiran sains kognitif dan kemahiran manipulatif psikomotor.
antara kemahiran proses sains yang sering digunakan dalam sesuatu eksperimen ialah pemerhatian (observation), mengklasifikasi(classification), mengukur dan menggunakan nombor(measuring and using number).
selain itu, terdapat beberapa lagi kemahiran saintifik yang penting seperti :
- inferring : membuat kesimpulan awal tentang sesuatu pemerhatian
- rumput di kawasan A lebih subur kerana menerima lebih banyak cahaya matahari
- predicting- meramal keputusan yang akan diperolehi menggunakan data yang dikumpul
- interpreting data - mentafsir data yang diperolehi
- defining operationally - menerangkan konsep dengan menggunakan nilai yang ada nombor
- controlling variables - mengenalpasti dan menghubungkaitkan pembolehubah.
- using space-time relationship - menerangkan perubahan parameter dengan masa seperti halaju, pecutan dan lain-lain.
- hypothesising - menghubungkaitkan pembolehubah manipilasi dan bersandar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
- communicating - memberi dan menerima pendapat orang lain denagn menggunakan perkataan atau simbol.
- experimenting - menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesahihan sesebuah hipotesis.
- turut merangkumi proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)