May Allah bless all of us…amin…
TENAGA NUKLEAR-ALTERNATIF KEPADA PETROLEUM…WAJAR ATAU TIDAK??
Pendahuluan
Letupan loji nuclear di Chernobyl dan Three Mile Island seakan mengheret kita kembali ke detik pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Igauan buruk itu berterusan dengan berlakunya satu lagi peristiwa letupan loji nuklear akibat gempa bumi di Fukushima, Jepun. Mimpi ngeri itu nyasta meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang ramai, bukan hanya yang berada berhampiran malah Negara-negara lain jua.
“Nuklear adalah bom atom. Nuklear senjata yang merbahaya.!!”
Itulah perspektif yang terpahat dalam fikiran orang ramai. Memang tidak dapat dinafikan, setiap langkah yang mencorak kea rah pembangunan dan kemajuan menuntun risiko yang tinggi. Lihat saja beberapa projek di Negara kita yang mengalami kegagalan seperti runtuhan stadium dan jambatan. Begitu juga halnya debngan pembinaan loji nuclear di Malaysia. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dari segi kreadibiliti dan mentality untuk menghadapi risiko tersebut atau kita akan mengelak dari menghadapinya? ??
Sebenarnya tenaga nuclear bukanlah bertujuan untuk membina bom atom atau senjata yang merbahaya, tapi untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik pada masa hadapan. Namun, sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan tenaga ini yang menyebabkan ramai yang memandang negative terhadap penggunaa nuclear. Walhal, ia wajar dipertimbangkan memandangkan Negara kita mengalami penyusutan simpanan gas asli dan arang batu yang merupakan sunber utama penjanaan tenaga.
Teknologi
Kejadian letupan di beberapa buah Negara yang hangat dipersoalkan keberkesanannya adalah melibatkan loji yang telah dibina berdekad yang lalu yang pastinya tidak standing dengan teknologi masa kini. Apatah lagi, penggunaannya di Malaysia adalah untuk masa akan datang di mana kita akan mempunyai masa yang banyak untuk mengkaji dan melengkapkan loji kita dengan kelengkapan ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti yang terdapat di beberapa buah Negara maju kini. Malahan kita telah menghantar 12 orang pakar ke Rusia untuk mendalami tentang nuclear dan menerima khidmat pakar dari Korea. Korea memulakan projek mengkaji pembinaan loji nuclear pada tahun 1970-an. Pada masa itu, Malaysia turut memulakan kajian ke atas nuclear, namun mengubah focus ke arah penemuan gas asli. Korea kini mempunyai 24 loji nuclear.
Kos
Ada pihak yang mempersoalkan samada penggunaan ini berbaloi memandangkan kos pembinaannya yang tinggi. Namun, pembinaan rector nuclear sebenarnya memerlukan kos yang sama dengan pembinaan empangan hidro. Malahan, menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, kajian yang dibuat mendapati penjanaan tenaga nuclear lebih jimat 25% berbanding tenaga hidro. Jika kita imbas kembali, kebanyakan projek pembangunan di Negara kita ini dikritik juga pada awalnya kerana melibatkan kos yang tinggi, namun isu itu hilang apabila terbukti setiap projek yang dilaksanakan adalah demi kepentingan dan kemudahan semua.
Pemilihan tapak
Kebimbangan masih lagi dirasai oleh orang awam apabila timbul isu pemilihan tapak untuk pembinaan loji nuclear kerana bimbang akan keselamatan dan bimbang tanah mereka dirampas kerajaan. Hakikatnya, pemilihan tapak ini tidak boleeh dilakukan sewenang-wenangnya, tetapi dibuat setelah menilai pelbagai aspek kejuruteraan, keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan lain-lain. Pemilihannya juga perlu mengikut prosedur dan akta yang telah ditetapkan. Jika pembinaannya berhampiran dengan laluan air dan penempatan yang akan menjejaskan pengguna, isu mengenai pampasan akan diambil kira dalam penilaian impak alam sekitar. Malahan, ia tidak akan dibina di kawasan yang berhampiran penduduk. Jika berlaku kebocoran, kesannya hanya akan dirasai pada jarak yang dekat. Namun, isu kemalangan jiwa di loji nuclear setakat ini lebih rendah berbanding tenaga yang lain. Kerajaan kini mempunyai 5 lokasi yang sesuai untuk pembinaan loji nuclear. Namun, kerajaan Perak dan N.sembilan kini giat melobi agar ia dijalankan di negeri masing-masing kerana mereka sedar akan kepentingannya dan sedar ia akan memberi 4000peluang pekerjaan.
Persekitaran
Secara normalnya, kita menhghasilkan gas karbon dioksida dengan kadar yang banyak melalui pelbagai aktiviti harian, tapi ia diseimbangkan dengan proses fotosintesis tumbuhan yang menyerap gas yang merupakan factor berlakunya rumah hijau tersebut. Namun, penerokaan hutan untuk kemajuan Negara serta aktiviti pembalakan haram mengorbankan banyak tumbuhan hijau kita. Lebih teruk lagi, aktiviti perindustrian dan penggunaan kenderaan berteknologi kini menghasilkan lebih banyak gas anthropogenic (karbon dioksida, metana,CFC, dll.) yang merbahaya. Ini boleh menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon dan peningkatan suhu bumi kerana haba tidak dipantul kembali dan terperangkap dalam atmosfera bumi. Ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global yang membawa ke arah perubahan iklim dunia di mana ais akan mencair dan paras air laut bertambah, menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tsunami dan banjir besar serta kemarau di kawasan yang kurang menerima air. Bencana ini pasti mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan kepupusan pelbagai spesies hidupan. Persoalannya, bagaimana nuclear dapat membantu dalam hal ini?
Penjanaan tenaga oleh nuclear tidak memerlukan pembakaran bahan api sebaliknya nmenggunakan proses pembelahan nuclear. Jadi, ini akan dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida dan menjadikan alam sekitar kita lebih selamat dan bersih.
Pengurusan sisa radioaktif
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa bahan buangan nuclear dan sisa radioaktifnya mengancam nyawa seluruh hidupan. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit merbahaya yang akan membawa maut. Namun, hal ini dapat diatasi dengan pengurusan sisa secara berkesan. Justeru, sekiranya kerajaan ingin membina loji tenaga nuclear, perkara yang harus dititikberatkan adalah menyediakan tempat yang selamat untuk pelupusan sisa radioaktif agar tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Rujukan
Wajarkah Penggunaan Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Baru?
Bersiap sedia guna tenaga nuklear
Tenaga Nuklear di Malaysia. Tenaga Alternatif 2021
Nuklear sumber tenaga alternatif negara
Bersediakah Malaysia guna kuasa nuklear?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm&arc=hive