Berbicara tentang Malaysia dan nuklear, apa pandangan anda? Seawal sesi debat bermula, ramai yang bersetuju bahawa nuklear patut dibangunkan di Malaysia. Namun, menghampiri penamat, diyakinkan dengan hujah pihak pembangkang, ada yang mula berasa pembangunan loji nuklear ini adalah tidak patut...Sejauh mana benarnya fakta yang diutarakan oleh pihak pembangkang hingga mampu menarik minat sidang dewan...
Sesi yang merupakan kemuncak dan pengakhiran bagi projek kami adalah SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR...nyata penceramah yang menjadi undangan kami mampu mengembalikan keyakinan ramai pihak tentang nuklear. Fakta-fakta yang diberikan mampu menyangkal semua hujah yang telah diutarakan oleh pihak pembangkang dalam sesi debat yang telah berlangsung.
Setelah sesi ceramah oleh wakil dari Agensi Nuklear Malaysia selesai, semua kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing. Terdapat tiga kumpulan yang bersetuju manakala dua kumpulan lagi berpendapat tenaga hidro lebih sesuai untuk menjadi alternative bagi menggantikan petroleum.
Meskipun jumlah penonton yang pada awalnya agak ramai semakin berkurangan, ia tidak menghalang semangat para pelajar untuk membuat pembentangan yang pelbagai dan kreatif. Kumpulan kami menyajikan penonton dengan dua buah video yang kami fikirkan mampu membantu oranng ramai agar lebih memahami konsep nuclear yang sebenar.
Syukur pada Allah, program seminar tersebut berjalan dengan lancar dan beberapa masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.
Maka berakhirlah Project Based Learning yang kami usahakan selama lebih tiga minggu dengan jayanya......amin....
No comments:
Post a Comment