Friday, 30 September 2011

matlamat dan objektif pengajaran

Objektif / hasil pembelajaran adalah :
1. satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang ingin dicapai
2. satu penyataan yang menjelaskan tentang apa yang pelajar perlu tahu danb boleh lakukan setelah selesai aktiviti pembelajaran.

Domain yang terlibat ialah :

  • kognitif (pengetahuan)
  • psikomotor (kemahiran manipulatif)
  • afektif (sikap dan nilai)
Komponen dalam menghasilkan hasil pembelajaran adalah
  • Frasa yang merujuk kepada kumpulan sasaran
  • kata kerja aktif
  • objek bagi kata kerja
  • konteks / keadaan
  • standard / kriteria 
Checklist for writing learning outcomes

†† 1. Focus on outcomes, not processes
†† 2. Start each outcome with an action verb
†† 3. Use only one action verb per learning outcome
†† 4. Avoid vague verbs such as know and understand
†† 5. Check that the verbs used reflect the level of learning required
†† 6. Ensure that outcomes are observable and measurable
†† 7. Write the outcomes in terms of what the learner does, not what the
instructor does
†† 8. Check that the outcomes reflect knowledge, skills, or attitudes
required in the workplace
†† 9. Include outcomes that are woven into the entire course
(such as work effectively in teams)
†† 10. Check that there are the appropriate number of outcomes
(no more than three per major topic)
†† 11. List the suboutcomes for each outcome
†† 12. Check that the outcomes fit within program and course goals

Model instruksi dan pengajaran

Model adalah satu perwakilan struktur dan susunan suatu entiti atau proses yang kompleks dalam bentuk yang ringkas.
Asas bagi pembinaan model instruksi dan pembelajaran adalah
1. berasakan teori pembelajaran seperti :

  • behavioris
  • kognitivis
  • humanis
  • sosialis
  • konstruktivis
2. berasaskan pemusatan guru atau pelajar
3. berasaskan bilangan pelajar; ramai, individu atau kumpulan.
4. berdasarkan darjah penstrukturan (degree of structureness)

Perbincangan kita kali ini lebih berfokuskan kepada teori konstruktivisme.
Teori ini menerangkan tentang bagaimana pengetahuan disusun dalam minda; Caine & Caine.
Antara prinsip yang digunakan dalam teori konstruktivisme adalah ; 
1. pengajaran efektif adalah pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah.
2. melibatkan keseluruhan fisiologi
3. cari makna bersifat semulajadi ; pemahaman pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya sendiri.
4.cari makna melalui pencorakan; menghubungkait idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5. pembelajaran dipengaruhi emosi, perasaan dan sikap. 
6. otak memproses bahagian yang kecil dan keseluruhannya secara serentak
7. pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8. pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
9. terdapat dua jenis ingatan iaitu ; ingatan ruang (spartial) dan hafalan. 
10. pelajar akan memahami fakta dan ruang jika pembelajaran diselitkan dengan kemahiran seperti eksperimen.
11. pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman; iklim, suasana.

secara keseluruhannya, teiri konstruktivisme menerangkan tentang bagaimana sesuatu pembelajaran berlaku dengan cara membina ilmu, meruntuh, dan membina semula ilmu pengetahuan.

Model 4 Fasa Teori Konstruktivis

1. Permulaan/ cungkil idea

  • buat perkaitan dengan pengalaman pelajar
  • cungkil idea pelajar
2. Struktur / struktur semula idea
  • aktiviti meneroka
  • hands-on, minds-on, hearts-on
  • penaksiran
3. Aplikasi idea
  • aktiviti pengayaan
  • penyelesaian masalah
  • penaksiran
4. Refleksi / penutup
  • membanding pengetahuan baru dengan idea lama
  • membuat kesimpulan
  • penaksiran




Monday, 26 September 2011

NATURAL OF SCIENCE

“Myths of Science” quiz.
Directions:
Each statement below is about science. Some statements are
true and some are false. On the line in front of each statement,
write a “T” if it is true and an “F” if false. Then support your
response to each statement with at least one paragraph on a
separate sheet of paper.
_F__ 1. Science is a system of beliefs.
_F__ 2. Most scientists are men because males are better at
scientific thinking.
_T__ 3. Scientists rely heavily on imagination to carry out
their work.
__F_ 4. Scientists are totally objective in their work.
__F_ 5. The scientific method is the accepted guide for
conducting research.
_F__ 6. Experiments are carried out to prove cause-andeffect
relationships.
_F__ 7. All scientific ideas are discovered and tested by
controlled experiments.
__F_ 8. A hypothesis is an educated guess.
_F__ 9. When a theory has been supported by a great deal of
scientific evidence, it becomes a law.
__T_ 10. Scientific ideas are tentative and can be modified or
disproved, but never proved.
_T__ 11. Technology preceded science in the history of
civilization.
_F__ 12. In time, science can solve most of society’s problems

Friday, 23 September 2011

3rd class of kpd 3016

What you Know
What you want to know
How to find out
What you Learned
Pendidikan
Pendidikan ialah satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.


Apakah definisi sebenar bagi perkara-perkara berikut dan juga kaitannya.


1.       Pendidikan
2.       Pengajaran
3.       Pembelajaran
4.       Instruksi
5.       Teknologi
6.       Penaksiran






Melalui bahan rujukan seperti internet nota.

Juga dengan cara bertanya secara langsung kepada guru agar lebih memahami.

Pendidikan adalah proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan diri secara holistik. Pendidikan boleh terjadi secara formal, non-formal dan informal.

Pengajaran
Pengajaran ialah proses penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar


Pengajaran adalah tindakan guru secara langsung yang direka bagi membantu proses pembelajaran.

Pembelajaran
Pembelajaran ialah proses penerimaan maklumat oleh guru dan pelajar


Pembelajaran adalah proses membina dan membentuk pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan oleh pelajar.

Instruksi
Instruksi adalah salah satu proses dalam pengajaran melalui arahan


Instruksi adalah proses pemudahcara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada oleh guru atau cara lain

Teknologi
Teknologi adalah alat yang membantu memudahkan pelbagai kerja.


Teknologi adalah set peralatan dan sumber (medium) yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitaran.

Penaksiran
Penaksiran adalah proses kumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan.

Penaksiran adalah proses kumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan

Thursday, 15 September 2011

Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Utama Pada 2021..Relevan atau Tidak?

Menjelang tahun 2021, kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui kemungkinan akan mengalami kesusutan dan tidak mampu lagi untuk menampung penggunaan tenaga yang bertambah. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti angin dan hidro pula memerlukan kos yang tinggi untuk pembinaan lojinya.adakah nuklear dapat membantu Malaysia mengatasi masalah ini?

Hanya dengan jumlah yang sedikit sahaja, nuklear mampu menghasilkan tenaga yang banyak. Malah ia tidak menghasilkan gas-gas yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon serta perubahan iklim dunia sepertimana sumber yang lain.

Namun, kejadian di Fukushima dan Chernobyl memberikan banyak perspektif negatif terhadap nuklear. Jika berlaku letupan, ia mampu meragut nyawa ramai orang dan kesan radiasinya yang merebak boleh membawa pelbagai penyakit yang merbahaya serta mengambil masa yang cukup lama untuk menghapuskan semua sisa radioaktif tersebut.

Tuesday, 13 September 2011

sedikit info....

Isaacs menjelaskan pada masa ini terdapat 23,000 senjata nuklear di sembilan buah negara di seluruh dunia dan jumlah berkenaan adalah cukup untuk menghasilkan 120,000 bom.

Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Monday, 12 September 2011

2nd class of KPD3016

Kelas kedua untuk KPD3016...
Pelajaran pada kali ini masih berfokuskan pada PjBL berkaitan dengan TENAGA NUKLEAR...Dalam perbincangan pada minggu ini, kami diperkenalkan dengan definisi yang lebih mendalam berkaitan dengan Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran yang merupakan kursus bagi KPD 3016.

Pentaksiran adalah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan.. Ia merupakan salah satu proses dalam pelaksanaan PjBL untuk mengumpul maklumat tentang kajian kita terhadap TENAGA melalui pelbagai kaedah dan dari pelbagai sudut pandangan....

Selain pentaksiran, kami diajar tentang bagaimana cara untuk mengumpul maklumat dan apa perspektif atau faktor yang perlu dinilai..

1st class of KPD3016

Salam syawal....
Permulaan yang menarik untuk semester 5 bersama kelas KPD3016...
Sesi pembelajaran hari ne berfokuskan PjBL, berkaitan Nuclear Energy...
Jom sama-sama berkenalan dengan topik ENERGY....

Dalam era serba maju kini, tenaga bagaikan nadi penggerak bagi semua jenis enjin yang melibatkan aktiviti harian kita seperti memasak, penataan cahaya, penggunaan perkakas elektrik dan banyak lagi..Tanpa tenaga, kita seolah-olah berada di suatu kawasan yang lapang tanpa sebarang cahaya pada waktu malam dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja..

Tenaga nuklear adalah tenaga yang terhasil dari proses radioaktif... ia mampu menjadi sumber utama tenaga di negara kita sebagai pengganti kepada petroleum, namun kandungan kimia yang berlebihan padanya akan memberi kesan negatif pada alam dan manusia..

Bagaimana pula dengan kemahiran diri kita sendiri dalam interaksi sosial?

Dalam membuat pemilihan atau keputusan, banyak perkara yang harus kita utarakan pada diri sendiri...
-apa kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan yang kita ada?
-adakah keputusan tersebut dapat memberi kepuasan pada diri kita?
-apa kesannya keputusan yang kita buat terhadap diri sendiri dan orang di sekitar kita?

Untuk memudahkan interaksi atau pergaulan kita dengan orang lain, kita harus sentiasa bersikap peramah, periang, sentiasa tersenyum, dan tidak bercakap tentang hal yang mengaibkan orang lain..

tetapkan tekad, gandakan usaha....