Thursday, 15 September 2011

Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Utama Pada 2021..Relevan atau Tidak?

Menjelang tahun 2021, kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui kemungkinan akan mengalami kesusutan dan tidak mampu lagi untuk menampung penggunaan tenaga yang bertambah. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti angin dan hidro pula memerlukan kos yang tinggi untuk pembinaan lojinya.adakah nuklear dapat membantu Malaysia mengatasi masalah ini?

Hanya dengan jumlah yang sedikit sahaja, nuklear mampu menghasilkan tenaga yang banyak. Malah ia tidak menghasilkan gas-gas yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon serta perubahan iklim dunia sepertimana sumber yang lain.

Namun, kejadian di Fukushima dan Chernobyl memberikan banyak perspektif negatif terhadap nuklear. Jika berlaku letupan, ia mampu meragut nyawa ramai orang dan kesan radiasinya yang merebak boleh membawa pelbagai penyakit yang merbahaya serta mengambil masa yang cukup lama untuk menghapuskan semua sisa radioaktif tersebut.

No comments:

Post a Comment