Asas bagi pembinaan model instruksi dan pembelajaran adalah
1. berasakan teori pembelajaran seperti :
- behavioris
- kognitivis
- humanis
- sosialis
- konstruktivis
2. berasaskan pemusatan guru atau pelajar
3. berasaskan bilangan pelajar; ramai, individu atau kumpulan.
4. berdasarkan darjah penstrukturan (degree of structureness)
Perbincangan kita kali ini lebih berfokuskan kepada teori konstruktivisme.
Teori ini menerangkan tentang bagaimana pengetahuan disusun dalam minda; Caine & Caine.
Antara prinsip yang digunakan dalam teori konstruktivisme adalah ;
1. pengajaran efektif adalah pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah.
2. melibatkan keseluruhan fisiologi
3. cari makna bersifat semulajadi ; pemahaman pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya sendiri.
4.cari makna melalui pencorakan; menghubungkait idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5. pembelajaran dipengaruhi emosi, perasaan dan sikap.
6. otak memproses bahagian yang kecil dan keseluruhannya secara serentak
7. pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8. pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
9. terdapat dua jenis ingatan iaitu ; ingatan ruang (spartial) dan hafalan.
10. pelajar akan memahami fakta dan ruang jika pembelajaran diselitkan dengan kemahiran seperti eksperimen.
11. pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman; iklim, suasana.
secara keseluruhannya, teiri konstruktivisme menerangkan tentang bagaimana sesuatu pembelajaran berlaku dengan cara membina ilmu, meruntuh, dan membina semula ilmu pengetahuan.
Model 4 Fasa Teori Konstruktivis
1. Permulaan/ cungkil idea
1. Permulaan/ cungkil idea
- buat perkaitan dengan pengalaman pelajar
- cungkil idea pelajar
2. Struktur / struktur semula idea
- aktiviti meneroka
- hands-on, minds-on, hearts-on
- penaksiran
3. Aplikasi idea
- aktiviti pengayaan
- penyelesaian masalah
- penaksiran
4. Refleksi / penutup
- membanding pengetahuan baru dengan idea lama
- membuat kesimpulan
- penaksiran
No comments:
Post a Comment