Monday, 12 September 2011

1st class of KPD3016

Salam syawal....
Permulaan yang menarik untuk semester 5 bersama kelas KPD3016...
Sesi pembelajaran hari ne berfokuskan PjBL, berkaitan Nuclear Energy...
Jom sama-sama berkenalan dengan topik ENERGY....

Dalam era serba maju kini, tenaga bagaikan nadi penggerak bagi semua jenis enjin yang melibatkan aktiviti harian kita seperti memasak, penataan cahaya, penggunaan perkakas elektrik dan banyak lagi..Tanpa tenaga, kita seolah-olah berada di suatu kawasan yang lapang tanpa sebarang cahaya pada waktu malam dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja..

Tenaga nuklear adalah tenaga yang terhasil dari proses radioaktif... ia mampu menjadi sumber utama tenaga di negara kita sebagai pengganti kepada petroleum, namun kandungan kimia yang berlebihan padanya akan memberi kesan negatif pada alam dan manusia..

Bagaimana pula dengan kemahiran diri kita sendiri dalam interaksi sosial?

Dalam membuat pemilihan atau keputusan, banyak perkara yang harus kita utarakan pada diri sendiri...
-apa kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan yang kita ada?
-adakah keputusan tersebut dapat memberi kepuasan pada diri kita?
-apa kesannya keputusan yang kita buat terhadap diri sendiri dan orang di sekitar kita?

Untuk memudahkan interaksi atau pergaulan kita dengan orang lain, kita harus sentiasa bersikap peramah, periang, sentiasa tersenyum, dan tidak bercakap tentang hal yang mengaibkan orang lain..

tetapkan tekad, gandakan usaha....

No comments:

Post a Comment