Tuesday, 4 October 2011

SeMiNaR Malaysia dan NUKLear

Berbicara tentang Malaysia dan nuklear, apa pandangan anda? Seawal sesi debat bermula, ramai yang bersetuju bahawa nuklear patut dibangunkan di Malaysia. Namun, menghampiri penamat, diyakinkan dengan hujah pihak pembangkang, ada yang mula berasa pembangunan loji nuklear ini adalah tidak patut...Sejauh mana benarnya fakta yang diutarakan oleh pihak pembangkang hingga mampu menarik minat sidang dewan...

Sesi yang merupakan kemuncak dan pengakhiran bagi projek kami adalah SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR...nyata penceramah yang menjadi undangan kami mampu mengembalikan keyakinan ramai pihak tentang nuklear. Fakta-fakta yang diberikan mampu menyangkal semua hujah yang telah diutarakan oleh pihak pembangkang dalam sesi debat yang telah berlangsung.

Setelah sesi ceramah oleh wakil dari Agensi Nuklear Malaysia selesai, semua kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing. Terdapat tiga kumpulan yang bersetuju manakala dua kumpulan lagi berpendapat tenaga hidro lebih sesuai untuk menjadi alternative bagi menggantikan petroleum.

Meskipun jumlah penonton yang pada awalnya agak ramai semakin berkurangan, ia tidak menghalang semangat para pelajar untuk membuat pembentangan yang pelbagai dan kreatif. Kumpulan kami menyajikan penonton dengan dua buah video yang kami fikirkan mampu membantu oranng ramai agar lebih memahami konsep nuclear yang sebenar.

Syukur pada Allah, program seminar tersebut berjalan dengan lancar dan beberapa masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.
Maka berakhirlah Project Based Learning yang kami usahakan selama lebih tiga minggu dengan jayanya......amin....




Monday, 3 October 2011

DEBAT MALAYSIA DAN NUKLEAR bermula kisahnya.......

Assalamualaikum....
Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya pada Yang Maha Esa....
Setelah tiga minggu kita menghitung detik, debaran yang hangat membara akhirnya terluah jua...
Hari yang bakal menentukan sejauh mana pencapaian dan kejayaan yang akan kita capai hasil kajian berminggu lamanya tiba sudah...
Sesi debat malaysia dan nuklear yang akan membuka permulaan mengorak langkah menuju
Seminar malaysia dan nuklear : relevankah tenaga nuklear di malaysia...
Sesi debat dan seminar ini merupakan agenda kemuncak dalam project based learning yang kami lalui untuk kursus kpd3016. Program yang kami anjurkan ini bukanlah mudah kerana ia berbeza dengan seminar lain yang kebanyakannya pelajar mendengar ucapan oleh penceramah semata-mata. Dalam projek kami, kami semua akan melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam sesi debat dan seminar kami lebih berfokuskan kepada pembentangan hasil kajian kami sendiri.

Sesi debat bermula pada jam 8.30 a.m. Jawatan yang dipertua majlis disandang oleh pengarah program kami sendiri iaitu mohd hafiz bin zain. Pihak kerajaan diwakili oleh dua orang ahli iaitu nurul `ain dan ahmad tarmimi.
Pihak pembangkang pula diwakili olehmohd hanafi dan nor hafizah.
Kedua-dua pihak berhujah dengan penuh semangat untuk mempertahankan usul masing-masing.
Pihak kerajaan membentangkan tentang perbandingan nuklear dengan tenaga lain serta pelbagai kebaikan yang dapat kita perolehi melalui pembinaan reaktor nuklear di malaysia dan langkah-langkah yang akan menjadi inisiatif untuk membendung keburukan nuklear. Hujah-hujah mereka mampu membuka minda masyarakat yang selama ini " fobia " dengan perkataan nuklear kerana membayangkan nuklear dibina sebagai bom atom.
Pihak pembangkang juga tidak kurang hebatnya. Namun kebanyakan hujah mereka lebih berfokuskan tentang tenaga alternatif lain untuk menggantikan nuklear iaitu tenaga hidroelektrik yang dikatakan sudah mampu dan mencukupi untuk menjana penggunaan tenaga di malaysia.
Hujah kedua-dua pihak nyata menaikkan semangat sidang dewan dan menghangatkan suasana apabila sesi soal-jawab dibuka. Sidang dewan tidak ketinggalan memberikan info-info mereka sebelum menanyakan soalan. Walaubagaimanapun, sesi perdebatan yang semakin membara itu dapat ditenangkan oleh yang di-pertua dan berakhir dengan baik.
Di sini saya sertakan sedikit gambar-gambar yang diambil sepanjang proses pengumpulan data untuk debat dan seminar...




Alhamdulillah……

Sunday, 2 October 2011

end of PjBL...nuclear energy...

Assalamualaikum…
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita dah menghampiri kemuncak PjBL…
InsyaAllah, segala usaha dan penat lelah kita akan membuahkan hasil yang cukup indah…
Untuk post kali ini, saya sediakan kesimpulan awal yang saya buat tentang tenaga nuclear berdasarkan maklumat yang telah dikumpul selama tiga minggu melalui pelbagai kaedah…
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…
May Allah bless all of us…amin…

TENAGA NUKLEAR-ALTERNATIF KEPADA PETROLEUM…WAJAR ATAU TIDAK??
Pendahuluan
Letupan loji nuclear di Chernobyl dan Three Mile Island seakan mengheret kita kembali ke detik pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Igauan buruk itu berterusan dengan berlakunya satu lagi peristiwa letupan loji nuklear akibat gempa bumi di Fukushima, Jepun. Mimpi ngeri itu nyasta meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang ramai, bukan hanya yang berada berhampiran malah Negara-negara lain jua.
“Nuklear adalah bom atom. Nuklear senjata yang merbahaya.!!”
Itulah perspektif yang terpahat dalam fikiran orang ramai. Memang tidak dapat dinafikan, setiap langkah yang mencorak kea rah pembangunan dan kemajuan menuntun risiko yang tinggi. Lihat saja beberapa projek di Negara kita yang mengalami kegagalan seperti runtuhan stadium dan jambatan. Begitu juga halnya debngan pembinaan loji nuclear di Malaysia. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dari segi kreadibiliti dan mentality untuk menghadapi risiko tersebut atau kita akan mengelak dari menghadapinya? ??
Sebenarnya tenaga nuclear bukanlah bertujuan untuk membina bom atom atau senjata yang merbahaya, tapi untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik pada masa hadapan. Namun, sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan tenaga ini yang menyebabkan ramai yang memandang negative terhadap penggunaa nuclear. Walhal, ia wajar dipertimbangkan memandangkan Negara kita mengalami penyusutan simpanan gas asli dan arang batu yang merupakan sunber utama penjanaan tenaga.
Teknologi
Kejadian letupan di beberapa buah Negara yang hangat dipersoalkan keberkesanannya adalah melibatkan loji yang telah dibina berdekad yang lalu yang pastinya tidak standing dengan teknologi masa kini. Apatah lagi, penggunaannya di Malaysia adalah untuk masa akan datang di mana kita akan mempunyai masa yang banyak untuk mengkaji dan melengkapkan loji kita dengan kelengkapan ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti yang terdapat di beberapa buah Negara maju kini. Malahan kita telah menghantar 12 orang pakar ke Rusia untuk mendalami tentang nuclear dan menerima khidmat pakar dari Korea. Korea memulakan projek mengkaji pembinaan loji nuclear pada tahun 1970-an. Pada masa itu, Malaysia turut memulakan kajian ke atas nuclear, namun mengubah focus ke arah penemuan gas asli. Korea kini mempunyai 24 loji nuclear.
Kos
Ada pihak yang mempersoalkan samada penggunaan ini berbaloi memandangkan kos pembinaannya yang tinggi. Namun, pembinaan rector nuclear sebenarnya memerlukan kos yang sama dengan pembinaan empangan hidro. Malahan, menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, kajian yang dibuat mendapati penjanaan tenaga nuclear lebih jimat 25% berbanding tenaga hidro. Jika kita imbas kembali, kebanyakan projek pembangunan di Negara kita ini dikritik juga pada awalnya kerana melibatkan kos yang tinggi, namun isu itu hilang apabila terbukti setiap projek yang dilaksanakan adalah demi kepentingan dan kemudahan semua.
Pemilihan tapak
Kebimbangan masih lagi dirasai oleh orang awam apabila timbul isu pemilihan tapak untuk pembinaan loji nuclear kerana bimbang akan keselamatan dan bimbang tanah mereka dirampas kerajaan. Hakikatnya, pemilihan tapak ini tidak boleeh dilakukan sewenang-wenangnya, tetapi dibuat setelah menilai pelbagai aspek kejuruteraan, keselamatan, alam sekitar, ekonomi dan lain-lain. Pemilihannya juga perlu mengikut prosedur dan akta yang telah ditetapkan. Jika pembinaannya berhampiran dengan laluan air dan penempatan yang akan menjejaskan pengguna, isu mengenai pampasan akan diambil kira dalam penilaian impak alam sekitar. Malahan, ia tidak akan dibina di kawasan yang berhampiran penduduk. Jika berlaku kebocoran, kesannya hanya akan dirasai pada jarak yang dekat. Namun, isu kemalangan jiwa di loji nuclear setakat ini lebih rendah berbanding tenaga yang lain. Kerajaan kini mempunyai 5 lokasi yang sesuai untuk pembinaan loji nuclear. Namun, kerajaan Perak dan N.sembilan kini giat melobi agar ia dijalankan di negeri masing-masing kerana mereka sedar akan kepentingannya dan sedar ia akan memberi  4000peluang pekerjaan.
Persekitaran
Secara normalnya, kita menhghasilkan gas karbon dioksida dengan kadar yang banyak melalui pelbagai aktiviti harian, tapi ia diseimbangkan dengan proses fotosintesis tumbuhan yang menyerap gas yang merupakan factor berlakunya rumah hijau tersebut. Namun, penerokaan hutan untuk kemajuan Negara serta aktiviti pembalakan haram mengorbankan banyak tumbuhan hijau kita. Lebih teruk lagi, aktiviti perindustrian dan penggunaan kenderaan berteknologi kini menghasilkan lebih banyak gas anthropogenic (karbon dioksida, metana,CFC, dll.) yang merbahaya. Ini boleh menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon dan peningkatan suhu bumi kerana haba tidak dipantul kembali dan terperangkap dalam atmosfera bumi. Ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global yang membawa ke arah perubahan iklim dunia di mana ais akan mencair dan paras air laut bertambah, menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tsunami dan banjir besar serta kemarau di kawasan yang kurang menerima air. Bencana ini pasti mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan kepupusan pelbagai spesies hidupan.  Persoalannya, bagaimana nuclear dapat membantu dalam hal ini?
Penjanaan tenaga oleh nuclear tidak memerlukan pembakaran bahan api sebaliknya nmenggunakan proses pembelahan nuclear. Jadi, ini akan dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida dan menjadikan alam sekitar kita lebih selamat dan bersih.
Pengurusan sisa radioaktif
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa bahan buangan nuclear dan sisa radioaktifnya mengancam nyawa seluruh hidupan. Ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit merbahaya yang akan membawa maut. Namun, hal ini dapat diatasi dengan pengurusan sisa secara berkesan. Justeru, sekiranya kerajaan ingin membina loji tenaga nuclear, perkara yang harus dititikberatkan adalah menyediakan tempat yang selamat untuk pelupusan sisa radioaktif agar tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Rujukan
Wajarkah Penggunaan Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Baru?

Bersiap sedia guna tenaga nuklear

Tenaga Nuklear di Malaysia. Tenaga Alternatif 2021



Nuklear sumber tenaga alternatif negara

Bersediakah Malaysia guna kuasa nuklear?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm&arc=hive

memahami kemahiran proses sains

kemahiran proses sains adalah kemahiran menjalankan sains (a skills to do science).
terdapat dua jenis kemahiran saintifik iaitu kemahiran sains kognitif dan kemahiran manipulatif psikomotor.
antara kemahiran proses sains yang sering digunakan dalam sesuatu eksperimen ialah pemerhatian (observation), mengklasifikasi(classification), mengukur dan menggunakan nombor(measuring and using number).
selain itu, terdapat beberapa lagi kemahiran saintifik yang penting seperti :

  • inferring : membuat kesimpulan awal tentang sesuatu pemerhatian 
    • rumput di kawasan A lebih subur kerana menerima lebih banyak cahaya matahari
  • predicting- meramal keputusan yang akan diperolehi menggunakan data yang dikumpul
  • interpreting data - mentafsir data yang diperolehi
  • defining operationally - menerangkan konsep dengan menggunakan nilai yang ada nombor
  • controlling variables - mengenalpasti dan menghubungkaitkan pembolehubah.
  • using space-time relationship - menerangkan perubahan parameter dengan masa seperti halaju, pecutan dan lain-lain.
  • hypothesising - menghubungkaitkan pembolehubah manipilasi dan bersandar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
  • communicating - memberi dan menerima pendapat orang lain denagn menggunakan perkataan atau simbol.
  • experimenting - menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesahihan sesebuah hipotesis.
    • turut merangkumi proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan.

Friday, 30 September 2011

matlamat dan objektif pengajaran

Objektif / hasil pembelajaran adalah :
1. satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang ingin dicapai
2. satu penyataan yang menjelaskan tentang apa yang pelajar perlu tahu danb boleh lakukan setelah selesai aktiviti pembelajaran.

Domain yang terlibat ialah :

  • kognitif (pengetahuan)
  • psikomotor (kemahiran manipulatif)
  • afektif (sikap dan nilai)
Komponen dalam menghasilkan hasil pembelajaran adalah
  • Frasa yang merujuk kepada kumpulan sasaran
  • kata kerja aktif
  • objek bagi kata kerja
  • konteks / keadaan
  • standard / kriteria 
Checklist for writing learning outcomes

†† 1. Focus on outcomes, not processes
†† 2. Start each outcome with an action verb
†† 3. Use only one action verb per learning outcome
†† 4. Avoid vague verbs such as know and understand
†† 5. Check that the verbs used reflect the level of learning required
†† 6. Ensure that outcomes are observable and measurable
†† 7. Write the outcomes in terms of what the learner does, not what the
instructor does
†† 8. Check that the outcomes reflect knowledge, skills, or attitudes
required in the workplace
†† 9. Include outcomes that are woven into the entire course
(such as work effectively in teams)
†† 10. Check that there are the appropriate number of outcomes
(no more than three per major topic)
†† 11. List the suboutcomes for each outcome
†† 12. Check that the outcomes fit within program and course goals

Model instruksi dan pengajaran

Model adalah satu perwakilan struktur dan susunan suatu entiti atau proses yang kompleks dalam bentuk yang ringkas.
Asas bagi pembinaan model instruksi dan pembelajaran adalah
1. berasakan teori pembelajaran seperti :

  • behavioris
  • kognitivis
  • humanis
  • sosialis
  • konstruktivis
2. berasaskan pemusatan guru atau pelajar
3. berasaskan bilangan pelajar; ramai, individu atau kumpulan.
4. berdasarkan darjah penstrukturan (degree of structureness)

Perbincangan kita kali ini lebih berfokuskan kepada teori konstruktivisme.
Teori ini menerangkan tentang bagaimana pengetahuan disusun dalam minda; Caine & Caine.
Antara prinsip yang digunakan dalam teori konstruktivisme adalah ; 
1. pengajaran efektif adalah pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah.
2. melibatkan keseluruhan fisiologi
3. cari makna bersifat semulajadi ; pemahaman pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya sendiri.
4.cari makna melalui pencorakan; menghubungkait idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5. pembelajaran dipengaruhi emosi, perasaan dan sikap. 
6. otak memproses bahagian yang kecil dan keseluruhannya secara serentak
7. pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8. pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
9. terdapat dua jenis ingatan iaitu ; ingatan ruang (spartial) dan hafalan. 
10. pelajar akan memahami fakta dan ruang jika pembelajaran diselitkan dengan kemahiran seperti eksperimen.
11. pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman; iklim, suasana.

secara keseluruhannya, teiri konstruktivisme menerangkan tentang bagaimana sesuatu pembelajaran berlaku dengan cara membina ilmu, meruntuh, dan membina semula ilmu pengetahuan.

Model 4 Fasa Teori Konstruktivis

1. Permulaan/ cungkil idea

  • buat perkaitan dengan pengalaman pelajar
  • cungkil idea pelajar
2. Struktur / struktur semula idea
  • aktiviti meneroka
  • hands-on, minds-on, hearts-on
  • penaksiran
3. Aplikasi idea
  • aktiviti pengayaan
  • penyelesaian masalah
  • penaksiran
4. Refleksi / penutup
  • membanding pengetahuan baru dengan idea lama
  • membuat kesimpulan
  • penaksiran




Monday, 26 September 2011

NATURAL OF SCIENCE

“Myths of Science” quiz.
Directions:
Each statement below is about science. Some statements are
true and some are false. On the line in front of each statement,
write a “T” if it is true and an “F” if false. Then support your
response to each statement with at least one paragraph on a
separate sheet of paper.
_F__ 1. Science is a system of beliefs.
_F__ 2. Most scientists are men because males are better at
scientific thinking.
_T__ 3. Scientists rely heavily on imagination to carry out
their work.
__F_ 4. Scientists are totally objective in their work.
__F_ 5. The scientific method is the accepted guide for
conducting research.
_F__ 6. Experiments are carried out to prove cause-andeffect
relationships.
_F__ 7. All scientific ideas are discovered and tested by
controlled experiments.
__F_ 8. A hypothesis is an educated guess.
_F__ 9. When a theory has been supported by a great deal of
scientific evidence, it becomes a law.
__T_ 10. Scientific ideas are tentative and can be modified or
disproved, but never proved.
_T__ 11. Technology preceded science in the history of
civilization.
_F__ 12. In time, science can solve most of society’s problems